Dah lama rasanya tak cabut gigi di klinik. Kali terakhir mungkin di waktu persekolahan. Kali ini pergi klinik pun sebab dah tak tahan sakit. Sebelum ni pergi jumpa doktor di pusat kesihatan universiti. FREE OF CHARGE. Bukan percuma sangat pun sebenarnya sebab dah bayar yuran. Betul tak? Semua perkhidmatan tu dibayar melalui yuran.

Tahun lepas, gigi dah berlubang. Doktor kata tampal je. Aku pun nak kata apa lagi. Dia yang pakar. Aku ni reti nganga mulut je. Lepas siap tampal tu sakit pun hilang. Tapi tak tahan lama. 4 atau 5 bulan lepas tu rasa sakit lagi. Doktor pun tampal lagi. Sesungguhnya, kepercayaan aku terhadap doktor tu dan perkhidmatan di situ pudar.

Selepas lebih kurang 5 bulan, hasil tampalan tu pecah lagi. Dengan poket kosong, aku tak mampu nak pergi klinik gigi swasta. Selepas carian di internet, kesudahan dia aku pilih untuk ke klinik gigi kerajaan. 

Nasib baik aku pergi hari bekerja biasa sebab tak ramai orang. Tapi parking susah nak dapat. Ramai orang parking tepi jalan dekat sekolah. Oh lupa nak bagitau, klinik yang aku pegi tu Klinik Pergigian Presint 9 Putrajaya

Berapakah keseluruhan kos? RM1+RM1=RM2

RM1 untuk pendaftaran dan RM1 untuk cabut gigi. Kemudian dapat ubat tahan sakit dan gastrik.

XOXO.

S

Advertisements