Kebanyakan kerata sedan seperti kereta saya Protom Saga Flx mempunyai butang di dalam bonet kereta seperti gambar di bawah. Apakah fungsinya?

Ini merupakan salah satu ciri-ciri keselamatan yang ada pada kereta sedan. Jika butang berada pada kedudukan ‘kunci’ atau ‘lock’, bonet kereta hanya boleh dibuka menggunakan kunci sahaja. Dengan erti kata lain, pintu bonet tidak dapat dibuka menggunakan ‘lever tempat duduk pemandu. 

Jika pencuri memecahkan cermin kenderaan anda, bahagian belakang masih lagi selamat dari kehilangan harta benda. Itupun kalau pencuri tak larikan kereta. Bila butang berada pada kedudukan asal iaitu ‘buka’ atau ‘free’, pintu bonet boleh dibuka seperti biasa.

Mungkin pembeli kereta perlu mengambil kira aspek ini untuk masa akan datang. Kereta Myvi kawan aku pernah dipecahkan dan laptop telah dicuri.

Semoga info ini bermanfaat.

TTFN.

S

Advertisements